PENGENALAN


•Pernahkah anda mendengar atau mengetahui mengenai pengkomputeran awan?

•Adakah pengkomputeran awan bermaksud anda menjalankan kerja anda di awan seperti gambaran di bawah?

•Bagaimanakan komputeran awan membantu anda menjalankan tugas sebagai pembantu makmal?




Definasi pengkomputeran awan atau cloud computing ialah pembangunan dan penggunaan teknologi komputer berasaskan internet (awan). Pengkomputeran awan ialah satu kaedah memanfaatkaan perkomputeran sebagai satu perkhidmatanan bukannya produk di mana sumber, aplikasi dan maklumat yang disediakan dalam komputer atau peranti lain (seperti iPhone, iPad, iPod, Android, BlackBerry dan sebagainya) sebagai satu utiliti melalui rangkaian (internet). Pengguna tidak bergantung kepada komputer tertentu sahaja atau tempat tertentu sahaja, sebaliknya boleh menggunakan mana-mana komputer atau peranti mudah alih lain asalkan terdapat capaian internet.

Pengkomputeran awan adalah proses di mana anda menggunakan internet sebagai tempat untuk menyimpan segala data peribadi sama ada dokumen, gambar, klip lagu, rakaman suara mahupun video. Prosespengkomputeran awan berlaku apabila anda memuat alih data-data milik anda laman web kemudian data yang anda simpan itu boleh dicapai dari tempat lain, laptop lain, komputer tablet atau dari mana-mana telefon bimbit melalui sambungan internet.


Contoh terbaik untuk memahami pengkomputeran awan ini ialah seperti4shared di mana di dalam laman web ini beratus ribu pengguna 4sharememuat naik (upload) lagu kesukaan mereka untuk dikongsi bersama pengguna lain yang mereka langsung tidak kenal dan jumpa. Pengguna lain yang menyukai lagu serupa mencapai laman 4shared, melihat lagu yang dimuat naik, meyukai lalu memuat turun lagu tersebut dan memberikan kepada rakan-rakan lain.


Aplikasi pengkomputeran awan juga boleh digunakan secara individuatau dalam bilangan pengguna yang ramai. Syarikat besar juga menggunakan pengkomputeran awan sebagai ruang untuk para pekerja berkongsi data ketika sedang dalam usaha menyiapkan sesuatu tugasan tanpa perlu bersua muka, berinteraksi dalam masa yang sama. Mereka juga menggunakan pengkomputeran awam sebagai tempat mem'backup' data-data penting, menjimatkan kertas, menjimatkan masa dan tenaga.







KATEGORI PENGKOMPUTERAN AWAN

Pengkomputeran awan boleh dibahagikan kepada beberapa kategori iaitu:

1) Infrastruktur sebagai sebuah Perkhidmatan (Iaas)

Iaas seperti Amazon web service ada menyediakan perkhidmatan viral server instance (API) untuk membolehkan capaian/konfigur virtual server dan storan masing-masing. Pada masa ini, syarikat hanya perlu membayar apa yang mereka gunakan sahaja.

2) Pelantar sebagai sebuah Perkhidmatan (Paas)

Paas bermaksud sebagai satu set alat pembangunan perisian / produk yang dihoskan oleh mana mana pembekal infrastuktur. Pembangunan perisian / aplikasi dilakukan di Internet. Contohnya ialah GoogleApps.

3) Perisian sebagai sebuah Perkhidmatan (Saas)

Pada peringkat ini,  pihak vendor akan membekalkan infrastruktur perkakasan, produk perisian dan akan berinteraksi dengan pengguna melalui Front End Portal.
Pengguna bagi Saas adalah lebih ramai. Ini kerana pembekal bagi perkhidmatan ini menjadi hos kepada aplikasi dan data, maka pengguna bebas menggunakan perkhidmatan ini dimana mana sahaja. Perkhidmatan yang disediakan adalah sangat banyak - Web based email, kawalan inventori, pemprosesan pangkalan data.





No comments:

Post a Comment